Informasi

Peluang Pekerjaan

  • Utama
  • Peluang Pekerjaan

Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat negeri Perak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan serta berinovasi bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Gerik seperti berikut:-

 

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred

Taraf Jawatan

Kekosongan

1

Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa

JA29

KONTRAK

1

2

Pembantu Penilaian

W19 KONTRAK 1
3

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N19 KONTRAK 4
4

Pemandu Kenderaan

H11 KONTRAK/TETAP 1
5

Pembantu Awam

H11 KONTRAK/TETAP 1

 Maklumat lengkap  jawatan  kosong  ini  boleh  didapati  di  laman  web  Majlis Daerah  Gerik, www.gerik.gov.my

 PERMOHONAN

 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Gerik, www.gerik.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada 08 Mac 2024.

(a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH GERIK,

JALAN HAJI MEOR YAHAYA, 33300 GERIK,

PERAK DARUL RIDZUAN.

(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

(c) Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat atau telefon bimbit yang diberikan. Bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953592