Mengenai Kami

Logo MD Gerik

LOGO

Keseluruhan logo telah direka berdasarkan konsep wawasan atau berpandangan jauh

Tiga unit bangunan di dalam logo disusun sedemikian untuk melambangkan ciri-ciri pembangunan. Ketiga-tiga bentuk ini semuanya mengarah  menuju ke atas , bermaksud berlumba-lumba ke arah kemajuan. Bentuk figura di tengah-tengah logo melambangkan peranan pentadbir di dalam Majlis Daerah Gerik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

Keseluruhan logo direka di bawah naungan sepasang gading gajah yang menjadi identiti Gerik dan Daerah Hulu Perak. Ia bermaksud suatu pentadbiran yang sentiasa di bawah kawalan yang berancang.

Moto bagi logo Majlis Daerah Gerik ialah Menuju Era Gemilang yang bermaksud segala usaha ditumpukan bagi mencapai matlamat membawa kemajuan dan pembangunan yang pesat pada masa hadapan setelah tamatnya ancaman komunis pada akhir abad 1980-an. Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan penduduk akan dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan dalam suasana yang lebih baik.
Warna biru melambangkan perpaduan berbagai kaum dan kehidupan yang sejahtera, manakala warna kuning pula bermaksud cahaya yang menerangi Daerah Gerik dan warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan memberi perkhidmatan serta kebersihan alam sekitar.

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953587