Jabatan Di Majlis Daerah Gerik
Jabatan Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia:
- Pengurusan bajet perjawatan dan pelarasan skim perkhidmatan / semakan gaji tahunan.
- Pengurusan hal ehwal lantikan, pengesahan jawatan, taraf berpencen, kenaikan pangkat, cuti, pinjaman serta elaun kakitangan MDG.
- Mengstruktur pembangunan organisasi MDG.
- Penggunaan dan pengemaskinian sistem HRMIS dengan berkesan.
- Pengurusan kebajikan, kursus, latihan anggota, serta surat-menyurat/dokumen.
- Unit Teknologi Maklumat:
- Pentadbiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengurusan komunikasi ICT MDG.
- Pengurusan dan pembangunan sistem serta aplikasi ICT MDG.
- Pengurusan rangkaian dan teknikal ICT MDG.
- Unit Korporat & Perhubungan Awam:
- Penyampaian perkhidmatan pelanggan dan pengurusan barisan hadapan (frontliners).
- Menyelaras terimaan dan tindakan aduan awam MDG dalam tempoh piagam pelanggan.
Jabatan Perbendaharaan
- Menyediakan dan mengurus Belanjawan Majlis.
- Menerima, memproses, merekod dan melaporkan hasil Majlis.
- Mengurus dan melaksanakan perolehan sebut harga/tender Majlis.
- Mengurus, melaksanakan dan melaporkan semua jenis pembayaran Majlis.
- Mengurus dan melaporkan aset-aset Majlis.
- Menguruskan dan melaporkan aliran tunai dan simpanan tetap Majlis.
- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan.
- Uru setia JKPAK, JPKA, JK Pelaburan, JK Kewangan & JK Peningkatan Hasil Majlis.
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
- Menyediakan dan mengemaskini senarai nilaian.
- Mengukur periksa dan menilai hartanah serta pegangan berkadar.
- Tuntutan caruman membantu kadar.
- Menyiasat dan mendengar bantahan cukai.
- Penetapan kadar Cukai Taksiran.
- Memproses permohonan tuntutan elaun kekosongan dan pertukaran hak milik.
- Memproses hapus kira dan penyelarasan cukai.
- Mengurus sewaan bangunan/tapak milik Majlis dan Cukai Tanah Milik Majlis.
Jabatan Perancang Bandar
- Memproses permohonan Kebenaran Merancang (Pelan Susun Atur, Pemajuan Bangunan, Kerja Tanah, Jalan & Parit, Tukar Syarat/Penjenisan Tanah, Pecah Sempadan).
- Memproses permohonan perakuan pelan pinta ukur.
- Mengemaskini pengkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS).
- Urus setia Program MURNInets, Bandar Selamat, dan Bandar Pintar.
Jabatan Kejuruteraan
- Merancang, mengurus dan memantau program pembangunan dan anggaran Jabatan.
- Menyediakan kertas kerja permohonan peruntukan, kertas cadangan projek, serta perolehan projek yang lulus.
- Memantau tapak projek, pengurusan dan penyelenggaraan projek kejuruteraan.
- Pendaftaran kontraktor dan meneliti permohonan lampu jalan awam.
- Menyelaras permohonan permit pengorekan kerja utiliti.
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pelesenan
- Bahagian Perkhidmatan Bandar:
- Mengawal selia kawalan pencegahan vektor dan penyakit berjangkit.
- Menjalankan penggredan premis makanan dan kawalan penarafan bintang tandas awam.
- Menyelaras program kebersihan dan promosi kesihatan.
- Memantau pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam (potong rumput, sapuan jalan, pembersihan longkang), dan pengurusan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal.
- Merancang dan mengawal selia pengurusan stor dan kelengkapan kakitangan.
- Unit Pelesenan:
- Mengurus lesen premis perniagaan, permit, lesen iklan, dan lesen perniagaan berisiko.
- Menjalankan pemeriksaan premis perniagaan/makanan.
- Menyelaras Mesyuarat JK Pelesenan, Pengiklanan, Penjaja Kecil dan Penguatkuasaan.
Unit Undang-Undang
- Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan agar segala tindakan yang diambil menepati peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
- Membuat semakan dan penderafan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan MDG dan agensi luar.
- Menguruskan penwartaan undang-undang kecil serta perintah-perintah tetap/peraturan/kaedah yang diperlukan oleh MDG.
- Menyelaras tindakan sitaan ke atas pemilik pegangan yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran dan tindakan melelong barang-barang sitaan yang gagal dituntut semula.
Unit Landskap & Pelancongan
- Menguruskan aspek keindahan bandar dalam kawasan pentadbiran MDG.
- Mengurus permohonan pelan landskap serta mereka bentuk landskap lembut dan kejur.
- Membangunkan, menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan rekreasi dan kawasan landskap.
- Membina hubungan strategik bersama pihak berkepentingan dan komuniti setempat.
- Mengurus dan menyelaras penganjuran program rasmi Majlis serta keraian orang kenamaan.
- Mengenal pasti dan merancang perkembangan pelancongan dalam kawasan pentadbiran MDG.
Unit Pusat Setempat (OSC)
- Menyelaras dan memudah cara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan, parit dan bangunan serta pelan lain-lain berkaitan cadangan pemajuan.
- Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan.
- Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (Akta 172), dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Unit Penguatkuasaan
- Menguatkuasakan peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil Majlis (keluaran kompaun/notis).
- Mendidik masyarakat melalui penguatkuasaan mesra rakyat.
- Mengawal lalu lintas, tempat letak kereta, serta tindakan sitaan/kawalan haiwan berkeliaran.
- Menjalankan operasi harian/mingguan dan operasi bersepadu
Unit Bangunan
- Menyelaras pelan cadangan pembangunan (Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan & Pengaliran, Pelan Pembangunan, Pelan Lampu Jalan, Menara Telekomunikasi, Papan Iklan/Bill Board, Permit Sementara).