Mengenai Kami

Misi,Visi dan Objektif

MISI & visi

VISI

 MENJADIKAN BANDAR GERIK YANG

BERSIH, SEJAHTERA DAN MAJU

MENJELANG TAHUN 2030

Visi ini ditakrifkan sebagai suatu keazaman untuk melaksana dan menonjolkan Bandar Gerik menjadi sebuah bandar yang:-

BERSIH

Mempunyai nilai kebersihan dan keselesaan yang menjamin kesihatan penduduk Gerik khususnya dan pelawat/pelancong yang mengunjungi Gerik amnya.

SEJAHTERA

Memberikan kesan kesejahteraan unggul:-

1. dalam aspek Bandar berkualiti dan efisyen.

2. dalam aspek keselamatan dan kemudahan awam.

3. dalam aspek keharmonian integriti kaum.

4. dalam aspek pencapaian komuniti yang beretika dan toleransi.

5. dalam aspek pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan.

MAJU

Maju di segi ekonomi, sosial, rohani, psikologi, budaya dan politik setanding dengan bandar-bandar membangun lainnya di Malaysia.

 

MISI

MENJADIKAN GERIK BANDAR TERUNGGUL MELALUI PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN TADBIR URUS YANG CEKAP, CEMERLANG SERTA BERINTEGRITI

Matlamat utama kami adalah untuk merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Gerik secara cekap dan berkesan di segi:-

1. membina organisasi yang cekap dan mesra pelanggan.

2. mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang baik.

3. Memberi perkhidmatan yang berkualiti.

4. Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersil dan sosial.

MOTO

MAJLIS DAERAH GERIK - MENUJU ERA GEMILANG

OBJEKTIF

Merancang, mengurus, mengawal pembangunan dan perkhidmatan perbandaran selaras polisi kerajaan negeri dan persekutuan serta menggalakkan pembangunan ekonomi bagi meningkatkan kualiti selaras dengan keperluan sosial dan alam sekitar.

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953587