Destinasi Menarik di Gerik

  • Utama
  • Destinasi Menarik

Destinasi Menarik

Majlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Gerik
Malaysia
5° 25' 43.896" N, 101° 7' 28.218" E
MY
Lata Pinang

Lata Pinang terletak 25 minit dari Pekan Gerik melalui lebuhraya Gerik-Kupang dan 20 minit jalan yang tidak berturap. Lata pinang  ini mengandungi 3 tingkat air terjun dan tidak penah diterokai oleh orang. Pada masa dahulu tempat ini amat terkenal, tetapi akibat  pembangunan jalan raya, keadaan itu berubah. Tempat ini boleh dikomersialkan kerana faktor lokasi dan geografi yang amat sesuai sebagai tempat reakrasi.

. . . . . . . .

Pulau Banding

 

Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan diunjurkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015. Guna tanah sedia ada bagi kawasan kajian ini adalah hutan iaitu, 8,957.210 hektar atau 66.26 peratus dari keseluruhan kawasan kajian. Guna tanah lain yang terdapat di BP6 ialah jalan/saliran (21.64 peratus), pertanian getah (10.9 peratus), tanah terbiar/kosong (1.17 peratus) dan perdagangan (0.03 peratus), Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.

. .

.

Pulau Banding Resort
Tel :: 05-7921791
Fax : 05-7921793

Dataran Pengkalan Buaya

Dataran Pengkalan Buaya terletak kira-kira 15 km dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti memancing dimana kawasan ini terdapat beberapa spesis ikan seperti ikan Tenggalan, Baung, Gelaba dan ikan Luma. Tempat ini juga boleh diadakan aktiviti sukan lasak seperti River Cruise, kayak dan berakit.

.             .

.             .

Kampung Bongor, Taman Raflesia

Taman Refflesia ini terletak di Kampung Bongor dalam kawasan Bersia, Gerik. Perjalanannya memakan masa selama 25 minit untuk sampai ke Kapung Bongor. Manakala dari Kg. Bongor ke kaki bukit mengambil masa lebih krang 30 minit dan merentasi jalan yang tidak berturap. Dari kaki bukit pula menuju ke kawasan refflesia mamakan masa selama satu jam berjalan kaki.

Pelbagai jenis refflesia yang terdapat di sini. Antaranya ialah refflesia azlanii dan refflesia Cantleyi. Kawasan taman ini berukuran 5 hektar. Refflesia ini boleh digunakan sebagai sumber ubat-ubatan. Mengikut sejarah, refflesia azlanii diberi nama sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Kawasan ini diuruskan oleh En. Ishak Yahya daripada Kg. Bongor. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi nombor ini : 019-4285573. Pelancong hanya dibenarkan masuk ke dalam taman ini untuk menikmati keajaiban alam semulajadi dengan diiringi oleh Encik Ishak sahaja dan dalam kuantiti yang sedikit. Tempat ini dijadikan sebagai tempat kajian bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan diterajui oleh Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh. Di taman ini juga terdapat pelbagai pokok yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Sumber-sumber hutan ini amat berguna dalam industri perubatan.

.  .
.  .
.  .
.

Empangan Pong

Lokasi Empangan Pong ini terletak kira-kira20 minit dari Pekan Gerik melalui lebuhraya Gerik-Kupang dan 30 minit jalan yang tidak berturap daripada simpang masuk ke Kampung Pong. Empangan ini berdekatan dengan Perkampungan Siam yang dikenali sebagai Kampung Pong.

Tujuan pembinaan: Empangan Pong telah dibina oleh Pegawai daerah Hulu Perak pada masa itu iaitu Sir Barkely. Tujuan pembinaan empangan ini ialah untuk penjanaan elektrik untuk kegunaan kereta kabel. Kereta Kabel ini pula bertujuan untuk mengangkut bijih timah di klian intan ke tempat pemprosesan bijih timah. Pihak pengusaha bijih timah pada masa itu kerana permukaan muka buni yang bergunung-ganang. Empangan Pong ini merentasi Sungan Weng yang kaya dengan sumber protein seperti ikan kelah (malayan mahseer) yang merupakan spesis ikan yang dilindungi. Selain daripada itu Kampung Pong dan sebuah lagi Kampung yang berdekatan dengannya iaitu Kampung Bukit Buluh dijadikan kawasan perusahaan arang yang dibuat daripada Pokok Buluh.

.  .  .

.  .

Hutan Belum

 Hutan Belum: Hutan Hujan Tropika

.

.

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!! 

.

 Kebanyakan ubat-ubatan yang diluluskan telah diambil dan diproses dari herba-herba dan tumbuhan-tumbuhan. Penyelidik dari serata dunia sedang bertungkus-lumus untuk mencari penawar bagi penyakit seperti: 

Kanser, alzheimer, parkinson, meningtis, dan sebagainya. 

Mereka percaya bahawa cecair penawar itu terletak di dalam tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika. Tetapi, hutan hujan tropika sedang diteroka dengan kadar yang sangat mengejutkan, kita mungkin suatu hari akan menghapuskan hutan yang indah ini dan sekaligus memusahkan segala penawar yang diharapkan dapat mengubati pelbagai penyakit.

Hutan Belum dibuka untuk pengurusan taman eko-tourism:

Terletak di utara hujung Perak, pelancaran taman royal belum menandakan "major milestone" dalam pemuliharaan sejarah negara. Sebagai taman terakhir di semananjung yang akan dibuka kepada umum untuk pelancongan, rancangan pengurusan taman secara terperinci menjadi isu yang amat penting, TAN CHENG LI menulis.Artikel diterbitkan dalam the star, 9 september 2003. Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum. 

. .

. .

. .

Walaupun kebanyakan pakej pengembaraan/aktiviti akan membawa anda melalui hutan sekunder, terdapat kawasan di bahagian bawah belum yang dipenuhi oleh spesis meranti,cengal, keruing dan merbau yang besar.  Ini adalah nama-nama pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Tanah hutan hujan tropika adalah rendah dari segi nutrisi. Sebaik sahaja sebuah kawasan itu dibuka, nutrisi yang terdapat di dalam tanah akan mengalir pergi dan apa yang tertinggal di bawahnya adalah lumpur dan pasir.Jika anda mempunyai masa, cubalah menggali ke dalam tanah itu. Tanah yang "black" dan "rich" hanya menutupi bahagian paling atas yang nipis, di bawahnya cuma terdapat kawasan yang tiada apa-apa garam galian atau nutrisi. Ini agak menakjubkan bagi kehidupan yang boleh hidup di tempat sedemikian. Tetapi ia boleh.

. .

Eko-sistem yang ideal ini telah berkembang dan tahan terhadap apa-apa perubahan selama 150milion tahun. Kebanyakan pokok kayu keras besar yang anda akan lihat mungkin telah hidup selama 150 hingga 600 tahun. Ini merupakan khazanah yang bernilai untuk dilindungi. Hutan Belum memang amat berharga di luar jangkaan.Ramai mungkin masih belum dapat menilai kepentingan eko-sistem ini. Mereka menggangap bahawa hutan merupakan halaman belakang rumah yang terbiar dan harus dibersih serta dikemaskan supaya kita dapat menjadikannya sebagai taman permainan atau tempat bekerja. Inilah yang sebenarnya terjadi pada kebanyakan hutan kita, semoga kehidupan boleh dikekalkan di belum!Harta karun tidak semestinya bersinar untuk kita melihatnya. Harta karun yang sebenar selalunya adalah yang tersembunyi dan mengambil masa untuk menjumpainya. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang kelihatan biasa dilihat seperti lianas, beberapa jenis akar tumbuhan, dedaun dan kuntum tetapi sebenarnya menpunyai bahan-bahan bagi menghasilkan ubat-ubatan. Tumbuh-tumbuhan ini adalah herba yang mengandungi ubat dan telah dikumpul serta digunakan oleh orang asli dari generasi sebelumnya. Kesemua penyakit dikatakan boleh "diubati".

. 

Air Beruk

Lokasi: Lokasi Air Beruk ini terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Saliran air ini dari sempadan Perak-Thailand. Air yang cantik dan nyaman amat sesuai untuk aktiviti reakrasi. Tujuan Air Beruk ialah untuk menjana elektrik bagi kawasan yang berdekatan. Dahulunya, org petani berhijrah ke tanah melayu menghulu melalui air beruk dan telah berkampung di Padang Stang. Di kawasan perkelahan Air Beruk juga disediakan kemudahan seperti tandas dan surau.

. . . . .

Pulau Tali Kail

Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang cantik tanpa pencemaran dan pulau ini amat bersesuaian untuk pencinta-pencinta alam. Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah merentas hutan asli, bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat dan lain-lain lagi.

Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna.

Pengunjung boleh menggunakan bot sendiri atau bot penduduk tempatan dari Jeti Ampangan Temenggor.

KEMUDAHAN PULAU TALI KAIL

JENIS KEMUDAHAN

  • Dewan terbuka RM 20/hari
  • Chalet
  • Chalet A Frame (5 Unit) RM 10.00 (seunit) / malam
  • Rumah Kampung (2 Unit) RM 20.00 (seunit) / malam
  • Rumah panjang (2 Unit) RM 50.00 (seunit) / malam
  • Chalet VIP (2 Unit) RM 60.00 (seunit) / malam
  • Tapak Khemah (30 unit) RM 2.00 (seunit)/ malam

Semua bayaran hendaklah dalam bentuk Draf Bank, Kiriman Wang atau pesanan kerajaan atas nama Bendahari Negeri Perak dan bayaran hendaklah dijelaskan melalui pejabat ini sebelum kebenaran diberi untuk menduduki atau menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

  • Pihak kami akan menyediakan 2 -3 orang kakitangan (mengikut keperluan ) untuk membantu tuan melaksanakan program yang pihak tuan/puan tetapkan sepanjang tuan/puan menginap di Pulau Tali Kail.
  • Pihak Jabatan Tidak dapat menyediakan bot untuk pengangkutan ke Pulau Tali Kail, bot hendaklah diuruskan oleh pihak tuan/puan. Penggunaan Generator dan Pam Air semasa perkhemahan dijalankan hendak lah dibiayai oleh pihak tuan / puan. Segala kos pembelian minyak bergantung kepada penggunaan.
  • Pihak kami ada menyediakan peralatan dapur dan tuan / puan perlulah menyewakan peralatan dengan kadar sewaan bayaran sebanyak RM 170.00 dan bayaran tersebut boleh dijelaskan semasa pihak tuan / puan sampai ke Pulau Tali Kail. Selain dari itu pihak kami juga menyewa tilam dan bantal serta sarung tilam dan bantal dengan kadar sebanyak RM 4.00 Seunit. Mengenai sewaan peralatan dapur tersebut pihak tuan boleh menghubungi Pejabat Renjer Hutan Gerik 11 (Bandariang) di talian 05-7915180 untuk maklumat selanjutnya.
  • Aktiviti berkayak juga disediakan, kadar sewaan peralatan adalah seperti berikut:-
Batu Hampar
Lata Ulu Lawin

Lata Ulu Lawin adalah satu kawasan perkelahan yang terletak kira-kira 27 km daripada pekan Gerik dan 1 km daripada pekan kecil Lawin. Lata Ulu Lawin sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan, akiviti-aktiviti perkhemahan dan kursus. Air yang mengalir melalui lata ini cukup jernih dan tidak tercemar dan udara di kawasan tersebut amatnyaman yang menjadi punca tarikan pengunjung. Kawasan ini juga mempunyai kemudahan seperti kawasan tempat letak kenderaan, kawasan perkhemahan, kedai makan, chalet, tandas awam, surau dan sebagainya.

 .              .

.              .

Dataran Kuala Rui

DATARAN KUALA RUI

Dataran Kuala Rui terletak kira-kira 13KM dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti menyauk dan memancing ikan Luma.keunikan ikan luma ini ialah akan timbul pada setiap musim tengkujuh dan pada bulan Ogos. Pada bulan tersebut satu pesta menyauk ikan luma akan di adakan di dataran Kuala Rui. Ikan luma akan menghulu dari Sungai Perak ke Kuala Rui untuk tujuan pembiakan.Selain daripada itu tempat ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan berakit kerana keadaan yang tidak berbahaya.

. . .

Ulu Rui

Ulu Rui terletak kira-kira 30 minit dari Pekan Gerik melalui Lebuhraya Gerik-Kupang. Kawasan sungai ini amat sesuai menjadi tempat perkelahan kerana airnya yang sejuk, bersih dan nyaman. Ia juga mudah ditemui kerana bersebelah Lebuhraya Gerik-Kupang.

.               . 

.               .

Lata Kulim

..

Gamitan air terjun tujuh tingkat di Lata Kulim, Gerik, Perak

KEJERNIHAN dan kesejukan air dari tujuh tingkat di kawasan bukit Lata Kulim, Gerik, Perak memang memukau pengunjung. Terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari pekan Gerik dengan jarak hanya kurang dua km dari Lebuhraya Gerik-Lenggong dan di belakang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik, Lata Kulim dikelilingi pepohon hijau yang menyegarkan mata memandang.

Lebih mendamaikan, bunyi deruan air terjun tujuh tingkat berbaur dengan bunyi sang unggas menghasilkan muzik rimba amat mengasyikkan. Bagi mereka yang gemar memancing, pelbagai spesies ikan seperti tengas boleh diperoleh atau sekadar melihat ikan kecil bermain-main di gigi air. Malah, ada kanak-kanak sanggup meranduk untuk menangkap ikan-ikan kecil yang galak berenang. Pengunjung boleh memilih sama ada mahu bersantai di bawah teduhan bebayang pepohon atau di atas batu besar di tepi kolam.

Walaupun prasarana agak kurang mencukupi, anda masih boleh memasak sama ada berbeku atau sekadar mi segera. Pengunjung boleh menggoreng ikan pekasam dibeli daripada pengusaha di Tasik Raban, Lenggong atau di Kampung Tawai dekat situ. Pekasam Hulu Perak dinobatkan terbaik dalam negara sejak 2004. Anda mesti cuba untuk mendapat kepastian.

Lata Kulim sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan lasak menyebabkan setiap hujung minggu ada pihak sekolah terutama dari daerah Hulu Perak menganjurkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar.

Bagi pencinta seni kreatif, Lata Kulim boleh memberi 1001 ilham untuk berkarya. Kewujudan pelbagai flora dan founa termasuk bunga hutan dan unggas seperti rama-rama pelbagai corak dan warna menambahkan seri panorama tempat itu.

Jika bernasib baik, anda dapat melihat kelibat gajah liar di kawasan hutan berkenaan, tetapi haiwan itu tidak pernah mengganggu penduduk kecuali mencari makanan. Di musim buah-buahan, anda boleh memakan sepuas hati durian, rambutan, cempedak dan dokong atau membawa pulang dengan harga berpatutan.

Peta Destinasi Menarik

Maklumat sedang Di Kemaskini

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953587