Tempat Menarik Di Gerik

CASTELLA CAFE

CASTELLA CAFE

 Castella Cafe yang terletak di Kg Padang Stang, Mukim Kerunai Gerik, Perak, adalah cafe yang menyediakan menu makanan ala kampung (melayu-pattani) resepi tradisional Melayu Hulu Perak, dengan berkonsepkan berkelah. Agak unik dan berlainan. 

Menu-menu Castella Cafe adalah menu Masakan Ala Kampung (resepi tradisional Melayu Hulu Perak). Ada antara menu-menu ini yang perlu dimasak dengan jangkamasa yang lama. Penyediaan adalah unik dari segi bekas buluh yang digunakan untuk hidangan berkuah. Dan Tok Janggut hanya akan menyediakan hidangan mengikut tempahan yang ada. Jadi adalah penting jika tempahan dibuat dahulu sebelum ke Castella Cafe untuk elakkan kekecewaan tidak dapat merasa hidangan mereka dan merasa konsep santai berkelah ditepi sunga

Bahan utama di Castella Cafe adalah ikan-ikan sungai yang segar-segar seperti Ikan Sebarau, dan lain-lain. Pelbagai menu yang disediakan antara yang menjadi kegemaran pelanggan Castella Cafe, 

  • Sambal Air Lawa
  • Gulai Ikan Baung atau Sebarau 
  • Ikan Masak Sakai
  • Kijang Masak Sakai
  • Ikan Kelah Bakar 
  • Nasi Daun Benban @ Nasi Buluh (dimasak selama 2 jam didalam buluh)

 

Pertanyaan

Alamat: Kampung padang stang, 33310 Gerik, Perak

Telefon:019-539 1707

Media Sosial

Koordinat

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953588