MENU
 
Deprecated function: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in include_once() (line 20 of /home/gerik/public_html/includes/file.phar.inc).

Dari Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai, anak jati Gerik ini berjaya mengharungi AMS (Acute Mountain Sickness) sebelum tiba di Everest Base Camp yang berada pada ketinggian 17,598 kaki atau 5,364 meter.

Misi Fadzil Aziz dari Kampung Ulu Kenderong bermula dengan menaiki kenderaan dari Kathmandu ke Selleri selama lebih 12 jam.

Selepas bermalam di Salleri, hikers solon ini kemudian dibawa dengan kenderaan 4x4 ke pekan Khari Khola yang berada pada ketinggina 2257 meter (7404 kaki).

Tujuannya adalah bagi penyesuaian badan pendaki dengan tahap ketinggian dan udara nipis (acclimatization) bagi mengelak terkena AMS.

Misi berjalan kaki lebih dua minggu bermula dari Khari Khola menuju Paiya seterusnya ke Phakding dan Namche Bazaar.

Di Namche Bazaar, para hiking dari seluruh dunia akan berhimpun seketika untuk melakukan acclimatization, penyesuaian diri kepada tekanan udara nipis.

Jika tiada tanda-tanda AMS, maka pendaki akan terus berjalan kaki ke Tengboche pada paras 3860 meter atau 12,664 kaki.

Seterusnya, pendaki akan ke Dingboche, Lobuche dan Gorakshep sebelum ke Everest base camp yang berada pada ketinggian 5360 meters atau 17,598 kaki.

Demikian antara cabaran lebih dua minggu berjalan kaki untuk naik dan turun dalam misi ke Everest Base Camp. 

Ramai juga pendaki dari seluruh dunia yang gagal tiba kerana menghadapi AMS.

Alhamdulillah, beliau berjaya mengibar Bendera Negeri Perak dan Jalur Gemilang di Everest Base Camp sekaligus mempamerkan Bendera Negeri Perak di Gorakshep pada ketinggian 5140 meter untuk tatapan semua pendaki dari seluruh dunia.

Moga kejayaan kecil ini bakal menjadi pemangkin kepada warga Hulu Perak untuk menawan puncak dunia Everest pada satu hari nanti.

media sosial MDG

*** MANTAN AHLIS MAJLIS DAERAH GERIK

 

AHLIAHLI

AHLI