Pendidikan

Institusi Pengajian Tinggi

Kolej Komuniti Gerik

Penubuhan Kolej Komuniti Gerik adalah bertujuan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Gerik adalah di antara 37 buah kolej komuniti yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum bertukar kementerian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej Komuniti Gerik telah mula mengambil pelajar seramai 30 orang pada 17 Jun 2003. Kolej Komuniti Gerik kini beroperasi di Bukit Nasah Kampung Tawai bersebelahan MRSM Gerik.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Pihak Kolej bersedia memberi pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :

  • Menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah.
  • Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan(Learning Communities) selari dengan pembangunan negara.
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (Skill Upgrading) dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat.
  • Menyediakan rangkaian strategik untuk mengukuhkan aktiviti sosio-ekonomi pelanggan yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pihak berkepentingan.
  • Menyediakan kemudahan dan pilihan pendidikan berpusatkan masyarakat setempat.

MOTO KOLEJ KOMUNITI

  • Satu Pendekatan Pendidikan Dan Latihan Bersepadu.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus Sijil Sepenuh Masa :

  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Fesyen dan Pakaian
  • Sijil Automatif

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran(SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional(SPMV).
  • Keutamaan pemilihan akan diberikan kepada calon-calon setempat serta mendapat pencapaian atau peringkat SPM atau yang setaraf.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian minimum adalah 2 tahun atau 4 semester dan tempoh maksimum ialah 5 tahun atau 10 semester.

YURAN KEMASUKAN

  • RM 200.00 setiap semester pengajian.
  • Yuran pelbagai RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester 1 sahaja.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pengarah,
Kolej Komuniti Gerik,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Bukit Nasah,
33300 Gerik,Perak.
Tel : 05-7916199
Faks : 05-7916399
Laman Web : www.kkgri.edu.my

Kursus Sepenuh Masa

  • SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang ICT. Antara Modul yang akan dipelajari adalah :

    • Penggunaan perisian aplikasi.
    • Internet .
    • Pangkalan Data.
    • Multimedia.
    • Pengaturcaraan.
    • Perkakasan dan Rangkaian.

    Lulusan daripada sijil ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di agensi kerajaan mahupun swasta, ataupun menjadi usahawan. Dengan kemahiran yang diperolehi, lulusan sijil ini mempunyai peluang pekerjaan seperti operator data, juruteknik komputer dan rangkaian, atau lain-lain bidang yang bersangkutan dengan perkakasan dan perisian.

    SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

    Kursus ini antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

    • Ilustrasi Fesyen.
    • Pola Asas Pakaian dan Penyesuaian Pola.
    • Sampel Proses Jahitan.
    • Seni reka Fesyen.
    • Hiasan Pakaian.
    • Teknologi Membuat Pakaian.
    • Strategi Pemasaran.
    • Kajian Fabrik.

    Dengan kemahiran yang diperolehi, lulusan sijil ini mempunyai peluang pekerjaan seperti Windows Artist, Buyer, Merchandiser, Pembantu Jualan, Pereka Fesyen, Pereka Corak Tekstil, Pelukis Batik, Jururunding Imej, Jururunding Pengantin, Pembuat Sampel, Pembuat Pola Pakaian, Grader, Marker, Tukang Jahit, Pegawai Kualiti serta Juruubahsuai Pakaian.

    SIJIL AUTOMATIF

    Kursus Automatif yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek “hands-on”. Program ini merangkumi bidang-bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/mendiagnosis. Kursus ini antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

    • Penyenggaraan asas dan penjagaan kenderaan.
    • Merombak rawat enjin.
    • Komunikasi grafik dan CAD.
    • Sistem elektrik kenderaan.
    • Kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan.
    • Pengurusan pusat servis.
    • Peralatan elektrik dan elektronik automatif.
    • Keselamatan dalam penggunaan alat automatif.

    Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi setelah mengikuti kursus ini membolehkan lulusan menceburi bidang kerjaya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan automatif. Di antaranya termasuklah:

    • Industri pengeluaran kenderaan.
    • Pusat servis dan penyenggaraan kenderaan.
    • Institusi pemeriksaan/ujian kenderaan.
    • Industri perusahaan pembuatan automatif.
    • Firma-firma insurans kereta motor.
    • IKS yang berkaitan.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

    Sektor Pengurusan Kolej Komuniti,
    Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
    Aras 8, Bangunan Heritage,
    The Mine South Lake,
    43300 Seri Kembangan, Selangor.
    Tel. : 03-8939 4114
    Faks : 03-8939 4115
    Laman Web : www.bpkk.edu.my

Kursus Pendek

KOD KURSUS TEMPOH BULAN
A TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMPUTER Jan Feb Mac April Mei Jun
A001 Pembangunan Pengkalan Data & Sistem 8 JAM          
A002 Merekabentuk Portal    8 JAM      
A003 Aplikasi Email, Blog & Laman Sosial 8 JAM          
A004 Pembangunan Sistem Berorientasikan Objek 10 JAM          
A005 Pemasangan Komputer 10 JAM        
A006 Rangkaian Komputer 10 JAM        
A007 Penghasilan Poster & Kad Menggunakan Adobe Photoshop/Ilustrator 15 JAM          
A008 Microsoft Office Word 8 JAM        
A009 Microsoft Office Excel 8 JAM        
A010 Microsoft Power Point 8 JAM        
B PENGURUSAN & AKADEMIK  
B001 Fun English For Secondary Students 8 JAM          
B002 English For Communication   8 JAM        
B003 English For Fun    8 JAM        
B004 Asas Bahasa Arab    8 JAM          
B005 Asas Tajwid 8 JAM          
B006 Pengurusan Jenazah 8 JAM        
B007 Protokol dan Etiket Sosial 15 JAM          
B008 Penulisan Minit Mesyuarat 15 JAM        
B009 Pemanduan Berhemah 8 JAM          
C SOFT-TECHNICAL  
C001 Pembuatan Kuih Tradisional 10 JAM          
C002 Pembuatan Roti    10 JAM          
C003 Pembuatan Kek 10 JAM          
C004 Pembuatan Fondant Cake (Untuk Hantaran) 10 JAM          
C005 Pembuatan Biskut 10 JAM          
C006 Hiasan Kek 8 JAM      
C007 Jahitan Kusyen Bulat /Bunga Cengkih   8 JAM        
C008 Jahitan Kain Kipas Belakang 8 JAM        
C009 Jahitan Manik / Labuci 8 JAM        
C010 Kraftangan (Potpuri) 8 JAM        
D HARD-TECHNICAL  
D001 Kimpalan Arka 8 JAM          
D002 Senggaraan Asas Kenderaan   8 JAM        
D003 Pembuatan Frame Gambar (kerja kayu) 15 JAM      
D004 Lanskap 15 JAM          
D005 Penyenggaraan Mesin Jahit   8 JAM          
D006 Penyenggaraan P.A System 8 JAM        
D007 Membaiki Telefon Bimbit    8 JAM          
E BISNES & KEUSAHAWANAN  
E001 Menggunting Rambut Lelaki 15 JAM        
E002 Menggunting Rambut Perempuan   15 JAM          
E003 Penulisan Kertas Kerja Perniagaan 15 JAM          
E004 Pengurusan Projek Kontraktor Binaan   8 JAM          
E005 Anggaran Bahan dan Kos Kontraktor Binaan 8 JAM          
E006 Pengurusan Homestay 8 JAM          

 

* Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tel : 05-7916199 Faks : 05-7916399

(SUMBER : JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI GERIK, PERAK)

I-KOLEJ

PENGENALAN

Cadangan menjalankan program Ikrab Kolej adalah bagi memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan serta berkongsi ilmu pengetahuan melalui latihan serta kursus pendek. Diharapkan melalui program ini Kolej Komuniti Gerik dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada di Kolej Komuniti Gerik untuk kebaikan pelajar serta masyarakat setempat.

RASIONAL

Bertujuan untuk memudahkan akses komuniti setempat kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kolej serta pada masa yang sama menjalinkan kolaborasi antara pihak kolej bersama pihak industri bagi perkongsian ilmu pengetahuan terkini yang akan memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu pelajar kolej komuniti dan juga semua lapisan masyarakat setempat.

OBJEKTIF

  • Memudahkan akses masyarakat setempat bagi segala aktiviti, kursus dan kemudahan yang terdapat di Kolej Komuniti Gerik.
  • Mempraktikkan kemahiran dan ilmu melalui latihan seperti “upskilling” dan “reskilling”.
  • Masyarakat sentiasa peka tentang kursus-kursus semasa yang dijalankan di Kolej Komuniti Gerik.
  • Menjalankan hubungan yang baik di antara pihak kolej dengan masyarakat dan pihak industri bagi memudahkan akses pelajar mendapatkan latihan daripada pihak industri.

KEISTIMEWAAN

  • Khidmat runding kursus pendek.
  • Menjalani kursus-kursus yang ditawarkan dengan harga yang minimum.
  • Menggunakan semua kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej pada bayaran minimum melalui tempahan dan berasakan konsep “first come first serve”.
  • Ahli akan mendapat hebahan aktiviti kolej melalui pamplet maya.
  • Ahli akan diberi keutamaan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh kolej.

PELAKSANAAN 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pengarah,
Kolej Komuniti Gerik,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Bukit Nasah,
33300 Gerik,
Perak.
Tel : 05-7916199
Faks : 05-7916399
Laman Web : www.kkgri.edu.my

(sumber : Kolej Komuniti Gerik)

 

Pusat Kemahiran Giat Mara

GIATMARA Gerik telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tajol Rosli Bin Ghazali. Ahli Parlimen Gerik yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 21 hari bulan Oktober 1989. Penubuhan GIATMARA Gerik adalah bagi menampung keperluan latihan kemahiran bagi belia-belia dalam daerah Hulu Perak.

OBJEKTIF

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar Bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluar tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan

Kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra. GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan Kemahiran mereka mengikut perkembangan industri semasa serta

menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

CARTA ORGANISASI GIATMARA GERIK

.

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN DI GIATMARA GERIK

INDUSTRIAL MAINTENANCE:

  • Memberi latihan yang menyeluruh berkenaan industri pembinaan mengikut keperluan industri semasa
  • Melahirkan tenaga mahir seperti Jurubina, Juruteknik Bangunan,Site Supervisor,Kontraktor Bangunan dan lain-lain .

AUTOMOTIF:

  • Memberi latiha Teori dan Amali berkenaan dengan Industri Automotif mengikut perkembangan Industri semasa.
  • Melahirkan tenaga mahir di dalam industri automotif negara.

KEMUDAHAN LATIHAN DI GIATMARA GERIK

  • Kelas Teori yang bersesuaian
  • Bengkel Amali yang mengutamakan keselamatan
  • Kelas Literasi Komputer
  • Kemudahan Sukan
  • Kemudahan lain-lain ko-kurikulum
  • Tempat tinggal disediakan
  • Sijil
  • Latihan keusahawanan dan kemudahan inkubator
  • Peluang melanjutkan pelajaran di IKM dan institusi pendidikan MARA(BMI,FMI,MIAT)

- Elaun Bulanan RM 200.00

  SYARAT KEMASUKAN

  • Umur 16 tahun hingga 45 tahun
  • Boleh menulis, membaca & minat
  • Sihat tubuh badan
  • Berminat dalam bidang yang dipilih

 LALUAN LATIHAN LANJUTAN

.

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN GIATMARA GERIK

GIATMARA

PERTANDINGAN

KEJAYAAN

TARIKH PERTANDINGAN

TEMPAT PERTANDINGAN

PESERTA

TENAGA PENGAJAR

GERIK

PKM-14(BIDANG PELEPAAN.

PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN GIATMARA

18-19 MAC 2004

GM BALING, KEDAH

AHMAD KHILMI BIN JALALUDDIN

NIK AZHAR BIN NIK ABDULLAH

GERIK

PKM-15 (BIDANG PENJUBINAN)

PERINGKAT KEBANGSAAN GIATMARA

(MENDAPAT TEMPAT KE-4)

05 APRIL 2005

GM SETIU, TERENGGANU.

MOHD NORAZAR BIN MOHD AZIZ

NIK AZHAR BIN NIK ABDULLAH

GERIK

PKM-15 BIDANG AUTOMOTIF

JOHAN PERTANDINGAN PERINGKAT GIATMARA PERAK

17 MAC 2005

GM BAGAN SERAI,PERAK.

-

GHAZALI BIN AHMAD

GERIK

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI

PENYERTAAN PERINGKAT GIATMARA NEGERI PERAK

2-3 JUN 2005

GM TANJUNG TUALANG, PERAK.

-

GHAZALI BIN AHMAD

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/04/2025 | Jumlah Pelawat : 4953578