Baru-baru ini Majlis Daerah Gerik telah menubuhkan satu pasukan yang diberi nama "Team Pot Hole". Tujuan pasukan ini ditubuhkan adalah untuk menurapkan dan memperbaiki kerosakan kecil di jalan-jalan sekitar pekan dan taman-taman perumahan di Gerik. Pasukan ini terdiri daripada 3 orang pegawai dan 5 orang pekerja yang diketuai oleh En. Mohd Harris bin Muhamed, Penolong Jurutera Majlis Daerah Gerik. Pasukan ini akan mengelilingi kawasan Gerik dengan sebuah lori dua minggu sekali iaitu pada hari Selesa dan Rabu untuk memperbaiki kerosakan kecil pada jalan raya di sekitar kawasan Gerik. Waktu operasi pasukan ini adalah dari pukul 8.00 malam hingga 1.00 pagi.









