SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL MAJLIS DAERAH GERIK BAGI TAHUN 2009
1. JAWATANKUASA PERLANTIKAN
Anggota
Pengerusi : Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik
Setiausaha : Setiausaha, Majlis Daerah Gerik
Ahli : 1) En. Azhar B. Baharin
2) KPSU-KT atau wakil
Kekerapan Mesyuarat
Temuduga mesyuarat akan diadakan mengikut keperluan pengisian jawatan yang dikehendaki.
Fungsi Tugas dan Bidang Kuasa
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan tanggungjawab berasaskan perkara-perkara berikut:-
a.Menjalankan temuduga bagi calon lantikan baru atau naik pangkat mengikut kriteria yang diperlukan bagi jawatan-jawatan berkenaan.
b.Melaksanakan apa-apa arahan Mesyuarat Penuh dari semasa ke semasa.
2. JAWATANKUASA LEMBAGA TATATERTIB
Anggota
Pengerusi : Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik
Setiausaha : Setiausaha, Majlis Daerah Gerik
Ahli : 1) En. Wan Zahari B. Wan Nik
2) KPSU-KT atau wakil
Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan mengikut kes yang perlu dibincangkan.
Fungsi Tugas dan Bidang Kuasa
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan tanggungjawab mengkaji dan memutuskan apa-apa keputusan untuk semua kes tatatertib.
3. JAWATANKUASA PERLESENAN
Anggota
Pengerusi : Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik
Setiausaha : Setiausaha, Majlis Daerah Gerik
Ahli : 1) Tn. Hj. Che Harun B. Hussin
2) Tn. Dr. Venkataslu a/l Narasimuloo
3) En. Tan Seak Sin
4) En. Wong Che Meng
5) Pn. Salmiah Bt. Sutan Taharudin
6) Ketua Polis Daerah atau wakil
7) Pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat atau wakil
8) Pegawai Kesihatan Daerah atau wakil
Kekerapan Mesyuarat
Kekerapan mesyuarat jawatankuasa ini adalah tertakluk kepada satu kali sebulan atau mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Fungsi Tugas dan Bidang Kuasa
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan tanggungjawab berasaskan perkara-perkara berikut:-
a.menimbangkan permohonan lesen-lesen berisiko tinggi seperti lesen industri, snooker, cyber café, pusat hiburan keluarga perniagaan/penjaja.
b.menimbangkan permohonan menyewa gerai/kedai dan tempat perniagaan milik Majlis melalui temuduga dan sebagainya yang diadakan secara berjadual;
c.menetapkan kadar sewa gerai/kedai/tempat perniagaan dan lot pasar malam dalam kawasan MDG;
d.menimbangkan permohonan pemansuhan apa-apa bayaran sewa dan lesen yang gagal dikutip oleh sebab-sebab tertentu; dan
e.melaksanakan apa-apa tugas yang diarah oleh Mesyuarat Penuh dari semasa ke semasa.
4. JAWATANKUASA TAKSIRAN TAHUNAN DAN NILAIAN SEMULA
Anggota
Pengerusi : Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik
Setiausaha : Setiausaha, Majlis Daerah Gerik
Ahli : 1) En. Abdul Wahab B. Abdullah
2) En. Wan Zahari B. Wan Nik
3) En. Wang Hong Seng
4) En. Lim Soo Wah
5) En Choong Sen Liang
6) KPSU-KT atau wakil
Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Fungsi dan Bidang Kuasa
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan tanggungjawab berasaskan perkara-perkara berikut:
a.mengkaji dan memutuskan apa-apa rayuan mengenai penilaian dan taksiran;
b.mencadangkan kadar-kadar tahunan dan nilaian pegangan;
c.mengkaji dan memutuskan kes-kes pelupusan harta yang dikenakan dan cukai taksiran;
d.mengkaji dan memutuskan harta-harta yang baru dan tambahan perlu dikenakan cukai taksiran; dan
e.melaksanakan apa-apa arahan oleh Mesyuarat Penuh dari semasa ke semasa.
5. JAWATANKUASA PEMBUKAAN SEBUTHARGA / TENDER
Anggota
Ahli : 1) Ketua Unit Pusat Setempat (OSC)
2) Ketua Unit e-PBT
2) Tn. Hj. Mina B. Dollah
3) Cik Tan Teik Gin
Kekerapan Mesyuarat
Kekerapan bergantung kepada bilangan tawaran kerja yang dibuka.
Fungsi Tugas dan Bidang Kuasa
Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan tanggungjawab berasaskan perkara-perkara berikut:-
a.membuka sebutharga-sebutharga yang diterima bagi sesuatu tawaran kerja.
b.menurunkan perakuan ke atas pembukaan sebutharga tersebut.








