Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
RANGKAIAN SOSIAL
 Cetak  Emel  Dengar Teks
line
 

 

RANGKAIAN SOSIAL MAJLIS DAERAH GERIK (‘Facebook’,’Flickr’,’Scribd’)

Secara umumnya, perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web  dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti pebualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan dan sebagainya. Selain daripada itu, sistem rangkaian sosial seperti ‘Facebook’,’Flickr’,’Scribd’, merupakan satu teknologi yang banyak berguna dan membantu generasi pada masa kini yang ingin mendapatkan maklumat secara ringkas dan cepat. Fungsi asas laman web rangkaian sosial ini adalah sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan sesuatu organisasi dengan lebih mendalam lagi. Oleh yang demikian, pihak kami menggunakan teknologi yang sedia ada ini untuk menyalurkan maklumat dengan cepat dan ringkas. Tujuan rangkaian sosial Majlis Daerah Gerik adalah seperti berikut :

Facebook

Tujuan aplikasi Facebook diwujudkan adalah untuk memberikan maklumat tentang aktiviti–aktiviti dan program–program yang dijalankan oleh pihak kami. Maklumat ini akan disalurkan ke dalam aplikasi Facebook supaya maklumat tersebut dapat dikongsi oleh rakyat dan memberikan pendapat mereka tentang aktiviti yang dijalankan.

Flickr

Aplikasi Flickr ini dibangunkan untuk berkongsi dokumen atau penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak kami secara percuma. Pengguna boleh memuat turun dokumen-dokumen tersebut dari aplikasi ini dengan cepat dan mudah. Di antara penerbitan Majlis Daerah Gerik yang dimasukkan ke dalam aplikasi tersebut adalah “Manual Pengguna Laman Web MDG”, “Cukai Taksiran”  dan brosur yang dikeluarkan oleh pihak kami.

Sribd

Tujuan aplikasi Sribd ini adalah untuk berkongsi photo ataupun video. Oleh yang demikian, pihak kami membangunkan aplikasi ini untuk berkongsi  photo dan video tempat-tempat menarik di kawasan Gerik. Di samping itu, aplikasi ini juga memberi maklumat lanjut dan mempromosi tempat-tempat menarik di kawasan Gerik. Tempat-tempat tersebut boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan pengguna boleh merujuk kepada aplikasi ini sebagai panduan. Di dalam aplikasi ini juga,  terdapat video dan peta pekan Gerik.

Twitter

Twitter adalah rangkaian maklumat real time yang menghubungkan anda kepada maklumat terbaru tentang apa yang anda anggap menarik. Twitter Majlis Daerah Gerik dibangunkan bertujuan untuk berkongsi maklumat yang terkini berkaitan dengan segala aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MDG. Melalui Twitter, kami percaya bahawa pertukaran maklumat yang dibuka kepada semua lapisan masyarakat boleh memberi inspirasi dan idea terbaru dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.


Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial Majlis Daerah Gerik

Bilangan Paparan : 740
Tarikh Kemaskini : 30 Mac 2011

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
1Malaysia
MyId
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2012 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 15 Mei 2012 10:49 AM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 386
Semalam 696
Minggu Ini 1082
Bulan Ini 13900
Jumlah Pelawat 565661