Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
PANDUAN KE GERIK
    

 

Selamat Datang Ke Gerik

Bandar Gerik merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik samada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia. Jika anda dari utara, (negeri Kedah, P.Pinang & Perlis), anda boleh mulakan jalanraya Gerik-Baling atau lebuhraya Titi Karangan-Kulim-Gerik ( masih dalam pembinaan ) untuk menjimatkan masa memandu.Kalau anda dari negeri pantai timur ( Kelantan & Terengganu), anda boleh memilih untuk melalui lebuhraya Timur-Barat dan tentunya anda perlu melalui Bandar Gerik untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Begitu juga jika anda dari Kuala Lumpur, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Lenggong anda juga boleh untuk memilih lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya Kulim-Gerik atau jalanraya Gerik-Baling sebelum kemana-mana destinasi yang dituju.Anda juga boleh menuju ke sempadan Thailand iaitu daerah Betong yang terletak kira-kira 52km daripada pekan Gerik yang mengambil masa sejam dengan menaiki kereta ataupun bas.

Bagaimana untuk sampai ke destinasi daerah Gerik? Anda boleh berada disini dengan cara berikut:

1. Dengan menaiki kenderaan awam ( Bas ) :

  • Transnasional Sdn Bhd ( jika anda dari Kuala Lumpur )
  • Syarikat Kulim Baling ( jika anda dari Kedah
  • Perak Roadways ( jjika anda dari Lenggong, Sempadan Thailand dan Ipoh  )
  • Syarikat Red & Yellow ( jika anda dari Bandar Kuala Kangsar dan Lenggong
  • SKMK ( jika anda dari daerah-daerah di Kelantan )

Senarai tambang bas kemana-mana destinasi dari Hentian Bas Gerik:

Tambang Bas
Dewasa
Kanak-Kanak
Gerik - Ipoh
RM 13.00
RM 6.10
Gerik - Sungai Siput
RM 10.40
RM 5.20
Gerik - Kuala Lumpur
RM 30.30
RM 22.80
Gerik - Kota Bharu
RM 28.90
RM 21.70
Gerik - Lenggong
RM 6.00
RM 3.00
Gerik - Sempadan Betong
( Kompleks Bebas Cukai )
RM 4.20
RM 2.10
Gerik - Baling
RM 7.30
RM 3.70
Gerik - Pengkalan Hulu
RM 5.60
RM 2.80

 

Semua kenderaan / kenderaan-kenderaan awam mengambil penumpang atau menurunkan penumpang di Hentian Gerik yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Gerik.

2. Jika anda memilih dengan menaiki keretapi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia, stesen yang paling hampir ialah stesen keretapi K.Kangsar. Dari bandar K.Kangsar, anda boleh menaiki teksi ataupun kenderaan awam Syarikat Red & Yellow di Stesen Bas K.Kangsar dan Gerik melalui pekan Lenggong .

3. Dengan menaiki teksi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia

Pages: 1  2  3  

Bilangan Paparan : 9894
Tarikh Kemaskini : 15 Mei 2012

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2013 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2013 01:12 PM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 282
Semalam 358
Minggu Ini 3569
Bulan Ini 8636
Jumlah Pelawat 729820