Selamat Datang Ke Gerik
Bandar Gerik merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik samada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia. Jika anda dari utara, (negeri Kedah, P.Pinang & Perlis), anda boleh mulakan jalanraya Gerik-Baling atau lebuhraya Titi Karangan-Kulim-Gerik ( masih dalam pembinaan ) untuk menjimatkan masa memandu.Kalau anda dari negeri pantai timur ( Kelantan & Terengganu), anda boleh memilih untuk melalui lebuhraya Timur-Barat dan tentunya anda perlu melalui Bandar Gerik untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Begitu juga jika anda dari Kuala Lumpur, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Lenggong anda juga boleh untuk memilih lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya Kulim-Gerik atau jalanraya Gerik-Baling sebelum kemana-mana destinasi yang dituju.Anda juga boleh menuju ke sempadan Thailand iaitu daerah Betong yang terletak kira-kira 52km daripada pekan Gerik yang mengambil masa sejam dengan menaiki kereta ataupun bas.
Bagaimana untuk sampai ke destinasi daerah Gerik? Anda boleh berada disini dengan cara berikut:
1. Dengan menaiki kenderaan awam ( Bas ) :
- Transnasional Sdn Bhd ( jika anda dari Kuala Lumpur )
- Syarikat Kulim Baling ( jika anda dari Kedah
- Perak Roadways ( jjika anda dari Lenggong, Sempadan Thailand dan Ipoh )
- Syarikat Red & Yellow ( jika anda dari Bandar Kuala Kangsar dan Lenggong
- SKMK ( jika anda dari daerah-daerah di Kelantan )
Senarai tambang bas kemana-mana destinasi dari Hentian Bas Gerik:
Tambang Bas | Dewasa | Kanak-Kanak |
Gerik - Ipoh | RM 13.00 | RM 6.10 |
Gerik - Sungai Siput | RM 10.40 | RM 5.20 |
Gerik - Kuala Lumpur | RM 30.30 | RM 22.80 |
Gerik - Kota Bharu | RM 28.90 | RM 21.70 |
Gerik - Lenggong | RM 6.00 | RM 3.00 |
Gerik - Sempadan Betong ( Kompleks Bebas Cukai ) | RM 4.20 | RM 2.10 |
Gerik - Baling | RM 7.30 | RM 3.70 |
Gerik - Pengkalan Hulu | RM 5.60 | RM 2.80 |
Semua kenderaan / kenderaan-kenderaan awam mengambil penumpang atau menurunkan penumpang di Hentian Gerik yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Gerik.
2. Jika anda memilih dengan menaiki keretapi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia, stesen yang paling hampir ialah stesen keretapi K.Kangsar. Dari bandar K.Kangsar, anda boleh menaiki teksi ataupun kenderaan awam Syarikat Red & Yellow di Stesen Bas K.Kangsar dan Gerik melalui pekan Lenggong .
3. Dengan menaiki teksi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia









