PENGENALAN
Penubuhan Kolej Komuniti Gerik adalah bertujuan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Gerik adalah di antara 37 buah kolej komuniti yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum bertukar kementerian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej Komuniti Gerik telah mula mengambil pelajar seramai 30 orang pada 17 Jun 2003. Kolej Komuniti Gerik kini beroperasi di Bukit Nasah Kampung Tawai bersebelahan MRSM Gerik.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Pihak Kolej bersedia memberi pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
- Menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah.
- Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan(Learning Communities) selari dengan pembangunan negara.
- Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (Skill Upgrading) dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat.
- Menyediakan rangkaian strategik untuk mengukuhkan aktiviti sosio-ekonomi pelanggan yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pihak berkepentingan.
- Menyediakan kemudahan dan pilihan pendidikan berpusatkan masyarakat setempat.
MOTO KOLEJ KOMUNITI
- Satu Pendekatan Pendidikan Dan Latihan Bersepadu.








