BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MAJLIS DAERAH GERIK
Bengkel untuk Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Gerik telah jayanya diadakan pada 4 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Gerik. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mencapai transformasi ke tahap yang lebih tinggi. Bengkel ini bermula dengan taklimat transformasi KIK, diikuti dengan pembentukan dan penetapan Kumpulan KIK MDG. Dalam bengkel ini juga, dibincangkan tajuk KIK untuk Pertandingan KIK Peringkat Negeri Perak tahun 2012. PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM 2012
4 Mei 2012 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Daerah Gerik telah menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam 2012 di Dewan Persidangan MDG. Program ini dihadiri oleh kakitangan dan pegawai-pegawai Majlis Daerah Gerik. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kesan dadah dan perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, Tuan Mohd Tahir Bin Osman.
Papar 1 - 2 daripada 102 keputusan.
Halaman
daripada
51
|