Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
PERUTUSAN YDP
    
 
Tuan Mohd Tahir bin Osman P.M.P

Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung Web Portal Majlis Daerah Gerik (MDG). Web Portal MDG disediakan dengan tujuan untuk memaparkan maklumat terkini mengenai struktur, operasi dan perkhidmatan MDG secara terperinci untuk kemudahan pengunjung. Ini adalah satu lagi usaha bagi menyediakan perkhidmatan yang mesra pengguna.

Kewujudan web portal ini adalah menggunakan konsep penggabungan di antara jabatan kerajaan dengan pihak swasta agar lebih terkini, ceria dan menjadi tarikan para pengunjung yang melayari web ini.

Web Portal ini lebih kepada konsep mesra masyarakat yang mana maklumat yang disediakan amat berguna kepada semua golongan masyarakat baik kepada pelabur, kakitangan kerajaan, para pelajar, orang awam mahupun untuk surirumah sepenuh masa.

Dengan adanya kemudahan web portal ini, para pelawat boleh menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan disini tanpa perlu lagi hadir ke pejabat seperti memuat turun borang, pembayaran online, e-Aduan, semakan online dan sebagainya yang akan menjimatkan masa dan meminimumkan karenah birokrasi ketika ingin berurusan. Saya juga berharap web portal ini akan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada masyarakat setempat dan juga pencari maklumat lain mengenai kawasan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Gerik khususnya dan Negeri Perak amnya.

Pengunjung juga boleh membuat sebarang aduan dengan menggunakan perkhidmatan web portal ini. Sebarang aduan yang dibuat akan terus disalurkan kepada pengetahuan pihak Majlis. Semua cadangan dan komen daripada orang awam dan para pelayar internet amatlah dialu-alukan demi meningkatkan lagi kualiti dan maklumat yang terkandung dalam web portal ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung Web Portal Majlis dan seterusnya saya menjemput para pengunjung datang ke Gerik untuk mendapatkan khidmat mesra kami. Selamat melayari Web Portal Majlis Daerah Gerik.
Sekian, Terima kasih.

Tuan Mohd Tahir bin Osman P.M.P
Yang Dipertua
Majlis Daerah Gerik
Bilangan Paparan : 2610
Tarikh Kemaskini : 30 April 2012

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2013 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2013 01:12 PM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 197
Semalam 358
Minggu Ini 3484
Bulan Ini 8551
Jumlah Pelawat 729735