Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
BUNGA RASMI
    
 


Pada awal tahun 1901, Ibu Pejabat Daerah Hulu Perak telah dipindahkan ke Gerik daripada Teluk Jening (Daerah Kuala Kangsar). Pekan Gerik yang asal itu adalah kecil sahaja dengan rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada papan dan beratapkan daun bertam. Kedudukan pekan itu ialah ditempat yang dinamakan Jalan Wan Mohd Salleh sekarang. Dengan terbukanya perusahaan melombong bijih timah di Temenggor, Pekan Gerik menjadi bertambah ramai dan berkembang. Bunga rasmi Majlis Daerah Gerik adalah Bunga Kemboja. Nama botaninya ialah Plumeria Alba dan ia di pilih berdasarkan kesesuaian tanah dan cuaca. Ia mempunyai 3 warna iaitu putih, merah dan kuning.
Sejak dahulu lagi Kemboja telah menjadi antara tumbuhan yang boleh membangkitkan seri dan ceria. Lantaran ia satu diantara tumbuhan yang paling dikenali bukan sahaja diatas kuntumannya yang menawan tetapi juga oleh keharumannya yang lembut dan menipis. Kini tumbuhan rendang ini telah menimbulkan kecerian dalam kehidupan semulajadi yang mewarnai alam sejagat ini.

 

Kemboja ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang dan dahan yang tebal, serta susunan daun yang menghijau. Dedaunnya akan gugur, kuntuman bunga memutik dan mengembang. Bunganya berkelopak lima dan berwarna putih bersih sesuci embun pagi dengan setitis warna kuning atau krim di tengah-tengah kelopaknya.
Bunga kemboja ini boleh di dapati dalam warna putih, kuning muda serta merah jambu. Walau bagaimanapun Bunga Kemboja putih lah yang paling menyerlahkan suasana flora dan fauna. Jesteru itu Bandar Gerik masih lagi terpelihara dengan kehijauan alam semulajadi maka kemboja putihlah adalah pilihan bagi mewarnai suasana indah dan bersih.


Pokok rasmi Bandar Gerik ialah Pokok Semarak Api atau nama botaninya Flame of The Forest. Pokok asli Madagascar, atau nama saintifiknya Delonix Regia ialah sejenis pokok naungan dengan ketinggian sehingga 20 meter dan terkenal dengan pertumbuhan yang sangat cepat. Semasa musim ia mengeluarkan bunga, ia bertukar menjadi timbunan berwarna merah. bunganya berbau lembut, berwarna merah tua, satu kelopak putih dengan tompok merah. Selain dari kesesuaian jenis tanah dan cuaca pemilihan Pokok Semarak Api adalah sebagai lambang pembangunan dan kemajuan Bandar Gerik sepertimana warna bunga merahnya yang bersemarak dan kehijauan daunnya yang merendang.

Bilangan Paparan : 1618
Tarikh Kemaskini : 09 Mac 2011

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2013 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2013 01:12 PM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 472
Semalam 358
Minggu Ini 3759
Bulan Ini 8826
Jumlah Pelawat 730010