SEJARAH
GIATMARA Gerik telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tajol Rosli Bin Ghazali. Ahli Parlimen Gerik yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 21 hari bulan Oktober 1989. Penubuhan GIATMARA Gerik adalah bagi menampung keperluan latihan kemahiran bagi belia-belia dalam daerah Hulu Perak.
OBJEKTIF
Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar Bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluar tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan
Kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra. GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan Kemahiran mereka mengikut perkembangan industri semasa serta
menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.
CARTA ORGANISASI GIATMARA GERIK









