Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
TENTANG KAMI
 Cetak  Emel  Dengar Teks
line
 

Majlis Daerah Gerik kini adalah jauh berbeza jika dibandingkan 10 atau 15 tahun dahulunya. Bermula dengan era 1990an, Majlis Daerah ini mula mengorak langkah meniti arus pembangunan negara. Pada mulanya pergerakan agak lembab, dimana pihak pengurusan sentiasa member kata-kata semangat dan menyuntik aspirasi dan inspirasi dalam pelbagai program serta pembangunan modal insan supaya tertanam minat meningkatkan imej dan prestasi seterusnya memenuhi kehendak-kehendak pembangunan Negara.
Perubahan era 2000 mempergiatkan lagi pengurusan dan pemantauan dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam prestasi pemberian perkhidmatan malah meliputi pembangunan social ekonomi, infrastruktur, modal insane serta memperkukuhkan keupayaan Majlis Daerah ini.
Majlis Daerah ini berkembang dan menyesuaikan dengan perubahan persekitaran dalam meningkat dan menambahbaik penyampaian perkhidmatan selaras dengan konsep 1 Malaysia, “Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di Utamakan”.
Satu Pelan Hala Tuju dibentuk supaya Gerik dapat muncul sebagai sebuah bandar yang bersih, sejahtera dan maju. Majlis Daerah Gerik telah menggariskan visi yang lebih jelas sehingga tahun 2003 iaitu Gerik akan menjadi sebuah Bandar yang terurus disegi kebersihan, sejahtera untuk di diami serta berdaya saing di dalam arus kemajuan dan pembangunan dari segi sosio ekonomi, rekreasi dan rohani penghuni dan pengunjungnya.
Hala tuju yang jelas dan strategik yang mantap dapat memastikan perancangan,pembangunan dan perkhidmatan sentiasa produktif,cekap dan melangkaui kehendak pelanggan.
Adalah diharapkan kerjasama dan peningkatan usaha dari semua peringkat pegawai, kakitangan, masyarakat serta gabungan idea dari agensi dan stake holder dapat :-

  1. Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis Daerah Gerik.
  2. Memperkasakan tadbir urus Majlis Daerah Gerik.
  3. Memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil Majlis Daerah Gerik.
  4. Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dalam kawasan Majlis Daerah Gerik.
  5. Memantapkan kolaborasi strategik.

Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan didalam mengurus dan memantau hala tuju organisasi. Pencapaian yang telah diperolehi sebagai titian ke arah transformafi dan KPI pelan strategik  Majlis Daerah Gerik ialah seperti berikut:-

Bil

Aktiviti

Anjuran

Tahun Pencapaian

1.

Tempat pertama Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak.

Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Tahun 2009

2.

Penghargaan 4 bintang dalam Malaysia Government Portal & Website Assesment 2009

Multimedia Development Corporation Sdn.Bhd, MSC Malaysia.

Tahun 2009

3.

Anugerah Perkidmatan Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Perak Darul Ridzuan.

Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Perak.

Tahun 2010

4.

Penghargaan pencapaian kutipan tunggakan taksiran am.

Kerajaan Negeri Perak.

Tahun 2010

5.

Penghargaan 100% dalam penyelesaiaan permohonan cadangan pemajuan melalui OSC.

Kerajaan Negeri Perak.

Tahun 2010

6.

Penghargaan pencapaian gred pengemaskinian yang cemerlang bagi pengemaskinian maklumat dalam sistem HRMIS.

Bahagaian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Tahun 2010

7.

Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Tahun 2010-2011

8.

Penghargaan 5 bintang Malaysian Government Portals and Website Assessment 2010. Projek Managed Portal Services (MPS)

Multimedia Development Corporation Sdn.Bhd, MSC Malaysia, SKALI Web Services, EPU.

Tahun 2010

9.

Anugerah Cemerlang penarafan 5 bintang di dalam Malaysia Government Portals and Website Assessment 2010

Kerajaan Persekutuan dan Malaysia National ICT Intiative.

Tahun 2010

 

Bilangan Paparan : 2009
Tarikh Kemaskini : 04 April 2011

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2013 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2013 01:12 PM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 354
Semalam 475
Minggu Ini 354
Bulan Ini 9183
Jumlah Pelawat 730367