Air Beruk
Lokasi: Lokasi Air Beruk ini terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Saliran air ini dari sempadan Perak-Thailand. Air yang cantik dan nyaman amat sesuai untuk aktiviti reakrasi. Tujuan Air Beruk ialah untuk menjana elektrik bagi kawasan yang berdekatan. Dahulunya, org petani berhijrah ke tanah melayu menghulu melalui air beruk dan telah berkampung di Padang Stang. Di kawasan perkelahan Air Beruk juga disediakan kemudahan seperti tandas dan surau.

Lata Pinang
Lata Pinang terletak 25 minit dari Pekan Gerik melalui lebuhraya Gerik-Kupang dan 20 minit jalan yang tidak berturap. Lata pinang ini mengandungi 3 tingkat air terjun dan tidak penah diterokai oleh orang. Pada masa dahulu tempat ini amat terkenal, tetapi akibat pembangunan jalan raya, keadaan itu berubah. Tempat ini boleh dikomersialkan kerana faktor lokasi dan geografi yang amat sesuai sebagai tempat reakrasi.

Empangan Pong
Lokasi Empangan Pong ini terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik melalui lebuhraya Gerik-Kupang dan 30 minit jalan yang tidak berturap daripada simpang masuk ke Kampung Pong. Empangan ini berdekatan dengan Perkampungan Siam yang dikenali sebagai Kampung Pong.
