Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
DESTINASI MENARIK
    
 

 

Hutan Belum: Hutan Hujan Tropika

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

 

Pulau Banding

Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan diunjurkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015. Guna tanah sedia ada bagi kawasan kajian ini adalah hutan iaitu, 8,957.210 hektar atau 66.26 peratus dari keseluruhan kawasan kajian. Guna tanah lain yang terdapat di BP6 ialah jalan/saliran (21.64 peratus), pertanian getah (10.9 peratus), tanah terbiar/kosong (1.17 peratus) dan perdagangan (0.03 peratus), Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.

 

Dataran Kuala Rui

Dataran Kuala Rui terletak kira-kira 13KM dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti menyauk dan memancing ikan Luma.keunikan ikan luma ini ialah akan timbul pada setiap musim tengkujuh dan pada bulan Ogos. Pada bulan tersebut satu pesta menyauk ikan luma akan di adakan di dataran Kuala Rui. Ikan luma akan menghulu dari Sungai Perak ke Kuala Rui untuk tujuan pembiakan.Selain daripada itu tempat ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan berakit kerana keadaan yang tidak berbahaya.

 

Pages: 1  2  3  4  

Bilangan Paparan : 12197
Tarikh Kemaskini : 01 April 2011

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2013 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2013 01:12 PM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 159
Semalam 475
Minggu Ini 159
Bulan Ini 8988
Jumlah Pelawat 730172