Hutan Belum: Hutan Hujan Tropika
Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Pulau Banding
Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan diunjurkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015. Guna tanah sedia ada bagi kawasan kajian ini adalah hutan iaitu, 8,957.210 hektar atau 66.26 peratus dari keseluruhan kawasan kajian. Guna tanah lain yang terdapat di BP6 ialah jalan/saliran (21.64 peratus), pertanian getah (10.9 peratus), tanah terbiar/kosong (1.17 peratus) dan perdagangan (0.03 peratus), Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.


Dataran Kuala Rui
Dataran Kuala Rui terletak kira-kira 13KM dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti menyauk dan memancing ikan Luma.keunikan ikan luma ini ialah akan timbul pada setiap musim tengkujuh dan pada bulan Ogos. Pada bulan tersebut satu pesta menyauk ikan luma akan di adakan di dataran Kuala Rui. Ikan luma akan menghulu dari Sungai Perak ke Kuala Rui untuk tujuan pembiakan.Selain daripada itu tempat ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan berakit kerana keadaan yang tidak berbahaya.
