Sila pilih Teks Anda : Sila Pilih Warna Anda :   Latar Belakang Pilihan Anda :
Breadcrumb
Jurnal Kandungan

SEJARAH

GIATMARA Gerik telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tajol Rosli Bin Ghazali. Ahli Parlimen Gerik yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 21 hari bulan Oktober 1989. Penubuhan GIATMARA Gerik adalah bagi menampung keperluan latihan kemahiran bagi belia-belia dalam daerah Hulu Perak.

OBJEKTIF

Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar Bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluar tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan

Kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputra. GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputra mempertingkatkan Kemahiran mereka mengikut perkembangan industri semasa serta

menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

 

CARTA ORGANISASI GIATMARA GERIK

 

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN DI GIATMARA GERIK

INDUSTRIAL MAINTENANCE:

  • Memberi latihan yang menyeluruh berkenaan industri pembinaan mengikut keperluan industri semasa
  • Melahirkan tenaga mahir seperti Jurubina, Juruteknik Bangunan,Site Supervisor,Kontraktor Bangunan dan lain-lain .

AUTOMOTIF:

  • Memberi latiha Teori dan Amali berkenaan dengan Industri Automotif mengikut perkembangan Industri semasa.
  • Melahirkan tenaga mahir di dalam industri automotif negara.

KEMUDAHAN LATIHAN DI GIATMARA GERIK

  • Kelas Teori yang bersesuaian
  • Bengkel Amali yang mengutamakan keselamatan
  • Kelas Literasi Komputer
  • Kemudahan Sukan
  • Kemudahan lain-lain ko-kurikulum
  • Tempat tinggal disediakan
  • Sijil
  • Latihan keusahawanan dan kemudahan inkubator
  • Peluang melanjutkan pelajaran di IKM dan institusi pendidikan MARA(BMI,FMI,MIAT)

- Elaun Bulanan RM 200.00

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Umur 16 tahun hingga 45 tahun
  • Boleh menulis, membaca & minat
  • Sihat tubuh badan
  • Berminat dalam bidang yang dipilih

 

LALUAN LATIHAN LANJUTAN

 

Pages: 1  2