Sila pilih Teks Anda :
Sila Pilih Warna Anda :
|
|
|
Panduan ke Gerik Selamat Datang Ke Gerik Bandar Gerik merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik samada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia. Jika anda dari utara, (negeri Kedah, P.Pinang & Perlis), anda boleh mulakan jalanraya Gerik-Baling atau lebuhraya Titi Karangan-Kulim-Gerik ( masih dalam pembinaan ) untuk menjimatkan masa memandu.Kalau anda dari negeri pantai timur ( Kelantan & Terengganu), anda boleh memilih untuk melalui lebuhraya Timur-Barat dan tentunya anda perlu melalui Bandar Gerik untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Begitu juga jika anda dari Kuala Lumpur, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Lenggong anda juga boleh untuk memilih lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya Kulim-Gerik atau jalanraya Gerik-Baling sebelum kemana-mana destinasi yang dituju.Anda juga boleh menuju ke sempadan Thailand iaitu daerah Betong yang terletak kira-kira 52km daripada pekan Gerik yang mengambil masa sejam dengan menaiki kereta ataupun bas. Bagimana untuk sampai ke destinasi daerah Gerik? Anda boleh berada disini dengan cara berikut : 1. Dengan menaiki kenderaan awam ( Bas ) :
Pages:
1 2
|
|||||
|
|||||