Syarat – syarat Am lesen premis perniagaan Majlis Daerah Gerik
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa mengikut syeksen 107 (1) & (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tuan/puan di kehendaki mematuhi syarat-syarat seperti berikut berpandukan seksyen-seksyen yang bersabit dengannya:-
- Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyelenggara tempat atau premis berlesennya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih pada setiap masa
- Mestilah memastikan tiada sampah sarap, barang-barang buangan atau lebihan dibuang, diletakkan atau dibiarkan diatas kaki lima atau ditepi atau diluar bangunan
- Mestilah memastikan longkang dihadapan, belakang atau ditepi bangunan sentiasa bersih daripada sampah sarap
- Sampah-sarap mestilah dikumpul kedalam karung plastik dan diletakkan kedalam tong sampah bertutup;
- Premis mestilah kemas dan tersusun, amalan mencuci dan mengemas barang-barang dan peralatan dalam premis pada kadar dua minggu sekali adalah disyorkan;
- Mestilah mengadakan alat-alat kawalan kebakaran yang diluluskan oleh Jabatan Bomba;
- Mestilah mengadakan alat pertolongan cemas dengan bekalan ubatan serta barang-barang pertolongan cemas yang secukupnya;
- Mestilah memastikan semua pekerja-pekerja dilatih dan diajar menggunakan apa-apa peralatan mesin atau lain-lain yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kejutan elektrik;
- Semua peralatan, mesin, bekalan bahan kimia atau sumber kuasa perlu dilindungi dan ditanda dengan tanda amaran “BAHAYA”JANGAN SENTUH dan lain-lain;
- Syarat-syarat am :-
- Mengemukakan dua keping gambar dan senarai nama pekerja-pekerja,
- Pelit lesen mestilah dipamerkan
- YDP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memasuki premis bagi tujuan pemeriksaan pada bila-bila masa;
- Mestilah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh YDP, Setiausaha MDG dari semasa ke semasa
11.Tidak dibenarkan menjalankan atau membiarkan apa-apa aktiviti yang melanggar mana-mana akta atau undang-undang yang dikuatkuasakan didalam Negara ini;
Jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi dalam tempoh 30 hari, kelulusan lesen akan di batalkan dan tindakan mahkhamah akan diambil keatas tuan/puan di bawah seksyen 109 Akta ini, bersabit juga dengan kesalahan-kesalahan di atas tuan/puan boleh di kompaun RM 250.00 jika melanggar satu dari syarat-syarat yang tersebut