PEKELILING
Sila klik pada pautan di bawah untuk ke ruangan pekeliling.
PANDUAN
- Panduan Pelesenan
- Proses Pemohonan Sewaan
Orang ramai boleh memohon untuk menyewa gerai ataupun kedai Majlis Daerah Gerik dan proses permohonan bermula apabila sesebuah bangunan baru dibina ataupun gerai yang dikosongkan. Pihak majlis akan mengiklankan bangunan yang baru dibina ataupun kosong dan mengedarkan borang permohonan sewaan. Orang ramai boleh mendapatkan borang tersebut daripada kaunter Unit Sewaan, Majlis Daerah Gerik. Selepas itu, pemohon perlu mengembalikan borang tersebut kepada Unit Sewaan sebelum tarikh yang ditetapkan. Unit Sewaan akan memproses kesemua borang tersebut dan pemohon akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga. Panel temuduga akan melantik calon yang sesuai untuk menyewa sesuatu premis. Selepas proses pemilihan, surat kelulusan akan dikeluarkan dan pemohon yang berjaya harus menjelaskan bayaran sewaan termasuk cagaran untuk 3 bulan. Kadar sewaan ditentukan oleh ahli Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Gerik yang terdiri daripada Yang Dipertua Majlis, Setiausaha, Ahli Majlis dan kakitangan Majlis Daerah Gerik. Akhir sekali, penyewa harus menjelaskan bayaran sewaan kepada Unit Sewaan, Majlis Daerah Gerik secara bulanan.
PROSES KERJA PERMOHONAN SEWAAN
- One Stop Center (OSC)
- Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) Bagi Cadangan Pemajuan Di Majlis Daerah Gerik
PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT (OSC) BAGI CADANGAN PEMAJUAN DI MAJLIS DAERAH GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN
APAKAH Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)?
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan bersidang 2 kali sebulan. Fungsi Jawatankuasa ini adalah :
- Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan perparitan, pelan landskap, pelan nama taman dan nama jalan serta pelan-pelan yang berkaitan
- Membuat perakuan serta memaklumkan keputusan mesyuarat
Bagi memastikan kelancaran setiap permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada Urusetia Pusat Setempat hendaklah lengkap dengan maklumat dan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan. Senarai Semak permohonan boleh didapati di kaunter OSC atau website : http://www.gerik.gov.my.
LATAR BELAKANG Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC)
Selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan pusat setempat di setiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyelaras permohonan berkaitan dengan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
Majlis pelancaran Pusat Setempat peringkat nasional oleh YAB Perdana Menteri telah diadakan pada 13 April 2007. Berikutan daripada itu, kaunter Pusat Setempat Majlis Daerah Gerik telah dibuka secara rasmi pada 14 April 2007.
Waktu operasi kaunter adalah :Isnin-Khamis - 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
2.00 tengahari hingga 5.00 petang
Jumaat - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.45 tengahari hingga 5.00 petang• Cadangan Pemajuan bagi konsep Bina Kemudian Jual, Projek Berimpak Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan tempoh kelulusan 4 bulan
PERANAN Pusat Setempat
- Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan secara serentak atau pun tidak serentak yang melibatkan permohonan dibawah peruntukan seksyen 124A & 204D, Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan, Pelan Landskap, Pelan Nama Taman dan Nama Jalan serta lain-lain pelan yang berkaitan dengan pemajuan.
- Memaklumkan keputusan-keputusan mesyuarat kepada pemohon
- Mengangkat keputusan-keputusan mesyuarat ke Mesyuarat Penuh untuk pemakluman
- Menyediakan laporan status permohonan kepada KPKT dan Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK. Negeri Perak
SIAPAKAH Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Setempat?
Ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Daerah Gerik (MDG) terdiri daripada :
Pengerusi : Yang Dipertua MDG
Timb. Pengerusi : Setiausaha MDG
Setiausaha : Ketua Unit OSC
Ahli-Ahli : Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan desa , Negeri Perak
Pentadbir Tanah dan Daerah Hulu Perak
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak
Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Perak
Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Hulu Perak
Pengurus Besar, Lembaga Air Perak
Pengurus, Indah Water Konsortium
Pengurus Besar, Tenaga Nasional Berhad
Pengurus Besar Suruhanjaya Komuniskasi dan Multimedia Malaysia
4 Orang Ahli Majlis
Jabatan Perancangan, Bangunan dan Landskap MDG
Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MDG
Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDG
Ingin Dapatkan Keterangan Lanjut?
Urursetia Pusat Setempat(OSC)
Majlis Daerah Gerik
Jalan Haji Meor Yahaya
33300 Gerik Perak
Phone: 05-7912305
Fax: 05-7912288
Email : osc@gerik.gov.my
E-mail: osc@gerik.gov.my
Carta Aliran Proses Kerja
Sila Klik Pada Rajah Untuk Paparan Yang Lebih Menarik
- Pelaksanaan Kaedah Pengeluaran Perakuan siap dan pematuhan oleh Para Profesional
PELAKSANAAN KAEDAH PENGELUARAN PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN OLEH PARA PROFESIONAL
TERMINOLOGI
Orang utama yang mengemukakan” (Principal Submitting Person—PSP)
• Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT. Ia termasuk orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggung jawab sebagai PSP“Orang yang mengemukakan’ (Submitting Person– SP)
• Orang yang berkelayakan dan mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawabnya yang mengemukakan pelan selain pelan bangunan kepada PBT atau pihak berkuasa berkanun yang berkaitan.“Orang yang berkelayakan”
•Arkitek Profesional, Jurutera Profesional atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar dengan badan-badan yang berhubungan dengan pendaftarannya.“Perakuan berperingkat”
•Proses yang diperkenalkan dalam sistem CCC di mana penyiapan dan pematuhan setiap komponen pembinaan perlu disahkan oleh para professional dan pihak kontraktor atau kontraktor tred yang bertanggungjawab kepada komponen berkenaan. Proses pengesahan ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut proses pembinaan.“Pelan bangunan”
• Pelan yang termasuk pelan tapak, pelan punca, pelan lantai, muka-muka keratin dan tampak-tampak bangunan.“Pelan Susunatur”
• Pelan cadangan di dalam pembangunan secara berskala, termasuk pelan yang menunjukkan aturan dan perancangan umum bangunan, pelan tempatan sebagai asas rujukan pembangunan dan pelan susun ruang dalam bangunan atau kawasan agar cadangan dalam pelan sama seperti cadangan ditapakPROSES PERAKUAN BERPERINGKAT
Di bawah sistem pengeluaran CCC, 21 komponen pembinaan dikenalpasti dalam proses perakuan berperingkat. 21 Borang Perakuan Berperingkat ( borang G1 hingga G21 diperkenalkan.
Jenis Borang
Komponen
G1
Kerja-kerja Tanah
G2
Pemancangan Tanda
G3
Asas Tapak
G4
Struktur
G5
Pepaipan Air Dalaman
G6
Pepaipan Sanitari Dalaman
G7
Elektrikal Dalaman
G8
Menentang Kebakaran (Pasif)
G 9
Menentang Kebakaran (Aktif)
G 10
Pengudaraan Mekanikal
G 11
Pemasangan Lif/Eskalator
G 12
Bangunan
G 13
Sistem Bekalan Air Luaran
G 14
Retikulasi Pembentungan
G 15
Loji Rawatan Pembentungan
G 16
Sistem Bekalan Elektrik Luaran
G 17
Jalan dan Parit
G 18
Lampu Jalan
G 19
Parit Luaran Utama
G 20
Telekomunikasi
G 21
Pandangan Darat
PROSES PENGELUARAN CCC
PSP hanya boleh mengeluarkan CCC menggunakan borang F apabila perkara-perkara berikut dipatuhi :
1. Semua syarat-syarat teknikal yang dikenakan oleh PBT dipatuhi;
2. Borang-borang G1 hingga G21 berkenaan perakuan berperingkat sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua telah diperakui dan diterima olehnya;
3. Semua perkhidmatan perlu termasuk jalan akses, pandang darat, tempat letak kereta, parit, pemasangan alat-alat sanitari, air dan elektrik, pili bomba, kehendak pembentungan dan pembuangan sampah dan lif jika dikehendaki, telah disediakan; dan
4. PSP memperakui dalam Borang F bahawa beliau telah mengawasi pembinaan dan penyiapan bangunan tersebut telah dibina dan disiapkan mengikut akta, undang-undang kecil dan pelan diluluskan;Pihak PSP juga dikehendaki dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran CCC atau perakuan siap dan pematuhan sebahagian mengemukakan 1 salinan perakuan berkenaan serta Borang-Borang perakuan Berperingkat kepada PBT, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) atau Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).
- Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) Bagi Cadangan Pemajuan Di Majlis Daerah Gerik
- Panduan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
1. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
- PPKB akan dilaksanakan di144 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) bagi tempoh 2006-2010.
- Ia merangkumi 7 projek seperti di lampiran A
2. Golongan Sasar
- Golongan sasar PPKB adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar yang telah ditetapkan mengikut kawasan seperti di lampiran B
- Hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.
3. Borang Permohonan Bantuan PPKB
- Pemohon PPKB akan menggunakan borang permohonan bantuan PPKB yang telah disediakan oleh KPKT.(borang permohonan bantuan PPKB)
- Bahagian A wajib diisi manakala bahagian-bahagian lain diisi mengikut jenis bantuan yang dipohon.
- Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan terus kepada Majlis Daerah Gerik.