MENU

Majlis Daerah Gerik dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan telah mengadakan tazkirah Ramadhan 1433 bersama masyarakat dalam komuniti Gerik di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik. Majlis di hadiri oleh pengerusi-pengerusi dan ahli jawatankuasa penduduk, ahli-ahli majlis dan kakitangan Majlis Daerah Gerik.

Program bermula dari solat Maghrib dan di ikuti dengan tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Burhanuddin Bin Mat Zain dan sudahi dengan solat isya’.