MENU
 

*SYARAT PENDAFTARAN PENIAGA SMARTIFTAR@PERAK DI KAWASAN MAJLIS DAERAH GERIK*

MEKLUMAT MELALUI KLIK DI SINI

CARA-CARA INFO GRAFIK KLIK DI SINI

BAGI MEMASTIKAN ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERUS DIPATUHI DEMI KEBAIKKAN BERSAMA, KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI PERAK MEMUTUSKAN:
1. PENJUALAN MAKANAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) DARIPADA RUMAH/RESTORAN SECARA PENGHANTARAN (DELIVERY) SAHAJA YANG DIBENARKAN.
2. UNTUK ITU, BAGI PENIAGA YANG MEMPUNYAI LESEN ATAU PERMIT PERNIAGAAN DENGAN MAJLIS DAERAH GERIK BOLEH TERUS MENDAFTAR DIDALAM PORTAL https://digital.perak.my/pengguna/ebazar/
3. BAGI PENIAGA YANG TIDAK MEMPUNYAI LESSEN PERNIAGAAN DENGAN MAJLIS DAERAH GERIK, PENIAGA PERLU MENGISI BORANG PERMOHONAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI PAUTAN BERIKUT https://tinyurl.com/iftarmdg . SETELAH PENIAGA MENGISI BORANG PERMOHONAN TERSEBUT, PENIAGA PERLU MEMBUAT PERMOHONAN DIDALAM PORTAL https://digital.perak.my/pengguna/ebazar/
4. PENIAGA PERLU MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGHANTAR MAKANAN (RIDER@RUNNER) SENDIRI. 
5. PENIAGA DAN PENGHANTAR MAKANAN(RIDER@RUNNER) TERTAKLUK KEPADA 10KM RADIUS DARIPADA LOKASI PERNIAGAAN.
6. PENIAGA PERLU DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT SUNTIKAN KESIHATAN (TYPHOID) DIMANA-MANA KLINIK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI.
7. SETIAP PENIAGA AKAN DIBEKALKAN “PAS KHAS KEBENARAN PENGHANTAR MAKANAN SMARTIFTAR@PERAK” SEBANYAK 4 KAD BAGI SETIAP PENIAGA.
8. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA 22.4.2020(RABU) SEBELUM ATAU PADA JAM 12.00 TENGAHARI.
9. MASA OPERASI YANG DITETAPKAN ADALAH BERMULA DARI JAM 3.00 PETANG SEHINGGA JAM 7.00 PETANG SEPANJANG BULAN RAMADAN
10. PAS KEBENARAN AKAN DIBEKALKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH     : 23.4.2020 (KHAMIS)
MASA     : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PEJABAT MAJLIS DAERAH GERIK (SECARA DRIVE THRU)
11. KOS SUNTIKAN TYPHOID ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PENIAGA SENDIRI.
12. TIADA SEBARANG CAJ YANG DIKENAKAN BAGI URUSAN PENDAFTARAN INI.
13. BAZAR RAMADAN MENGIKUT SECARA  KONVENSIONAL, DRIVE THRU, BUNGKUS DAN BAWA (TAKE AWAY) ADALAH TIDAK DIBENARKAN
14. JUALAN MAKANAN DITEPI JALAN, WARUNG, MEDAN SELERA DAN FOOD TRUCK ADALAH TIDAK DIBENARKAN
15. JUALAN MAKANAN SECARA BUNGKUS DAN BAWA BALIK (TAKE AWAY) YANG DIBENARKAN ADALAH DARIPADA PREMIS MAKANAN BERBENTUK RESTORAN SAHAJA.
16. PENIAGA YANG TIDAK MEMPUNYAI SUNTIKAN TYPHOID TIDAK AKAN DIPROSES OLEH MAJLIS DAERAH GERIK

DENGAN PERINTAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH GERIK
19 APRIL 2020