MENU
 

Gerik, 31 Januari 2012 – Majlis Pelancaran OSC Online bagi Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah diadakan secara serentak di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik. Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Mior Ismail bin Mior Akim, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Majlis ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.

Antara aturcara majlis ini adalah ucapan daripada Tuan Mohd Tahir bin Osman, Pegawai Daerah Hulu Perak merangkap YDP Majlis Daerah Gerik dan Tuan Haji Mior Ismail bin Mior Akim serta gimik pelancaran. Dif-Dif jemputan yang turut hadir pada majlis ini adalah seperti berikut :

i.    YDH Toh Seri Bijaya Lt.Kol(B) Shaharudin bin. Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Hulu Perak
ii.   En. Mohd Zakuan bin. Haji Zakaria, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan
iii.  Tuan Mohd Tahir bin Osman, Pegawai Daerah Hulu Perak merangkap YDP Majlis Daerah Gerik
iv. Dato’ Haji Abdul Karim bin Osman, mantan Pegawai Daerah Hulu Perak dan YDP Majlis Daerah Gerik
v.   En. Mohd Syukri Bin Azaari, YDP Majlis Daerah Pengkalan Hulu
vi.  En. Faizal Nizam Bin Md Nor, YDP Majlis Daerah Lenggong
vii. Setiausaha PBT Negeri Perak