VISI
MENJADIKAN BANDAR GERIK YANG
BERSIH, SEJAHTERA DAN MAJU
MENJELANG TAHUN 2030
Visi ini ditakrifkan sebagai suatu keazaman untuk melaksana dan menonjolkan Bandar Gerik menjadi sebuah bandar yang:-
BERSIH
Mempunyai nilai kebersihan dan keselesaan yang menjamin kesihatan penduduk Gerik khususnya dan pelawat/pelancong yang mengunjungi Gerik amnya.
SEJAHTERA
Memberikan kesan kesejahteraan unggul:-
- dalam aspek Bandar berkualiti dan efisyen.
- dalam aspek keselamatan dan kemudahan awam.
- dalam aspek keharmonian integriti kaum.
- dalam aspek pencapaian komuniti yang beretika dan toleransi.
- dalam aspek pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan.
MAJU
Maju di segi ekonomi, sosial, rohani, psikologi, budaya dan politik setanding dengan bandar-bandar membangun lainnya di Malaysia.
MISI
MENJADIKAN GERIK BANDAR TERUNGGUL MELALUI PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN TADBIR URUS YANG CEKAP, CEMERLANG SERTA BERINTEGRITI.
Matlamat utama kami adalah untuk merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Gerik secara cekap dan berkesan di segi:-
- membina organisasi yang cekap dan mesra pelanggan.
- mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang baik.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti.
- Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersil dan sosial.
MOTO
MAJLIS DAERAH GERIK - MENUJU ERA GEMILANG