Sila pilih Teks Anda :
Sila Pilih Warna Anda :
|
|
|
Latar Belakang Asal - Usul Daerah Gerik Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad(Tok Saad). Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu. Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu. Raja Reman itu telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang. Sila klik gambar di bawah. 1903 - C.F. Bozzolo 1907 - Burgess 1907 - H.Berkely 1910 - C.M. Lailaw 1912 - H.Berkely 1917 - V.Hill 1918 - H.Berkley, E.A.Dikson, A.S.Jervois, H.Berkley 1926 - J.E.Kenyse 1926 - A.G.Markicc 1927 - H.F.Honks 1929 - O.E.Venable 1931 - W.F.N.Chuchill 1932 - W.S.Evdens 1933 - Dato’ Mahmud b. Mat 1934 - Dato’ Abdul Malik b. Hj Yusof 1936 - Raja Haji Ahmad b. Raja Endut 1939 - Dato’ Ahmad b. Mat 1940 - Syed Nordin b. Syed Husein 1941 - A.N. Ross 1942 - Hj. Meor Yahya b. Meor Alwi 1942 - Wan Mohd Ali b. Wan Omar 1943 - Raja Hj. Shahar Shah b. Raja Harun 1945 - Syed Nordin b. Syed Husein 1945 - CPT. Mohamed Salleh b. Hj Sulaiman 1947 - Bahaman b. Shamsudin 1947 - Crats 1948 - J. Jameson 1948 - Aitken 1950 - M.F. Carling 1952 - B.W.B. Chapman 1953 - R.J.C Wait 1954 - C.G. Ferguson 1957 - K.C. Wells 1958 - Othman b. Kasim 1959 - Zainal Abidin b. Osman 1960 - Harun b. Ariffin 1961 - Wan Ahmad b. Wan Omar 1962 - Yang Ambri b. Kamaruddin 1963 - Azizul Rahman b. Abdul Aziz 1964 - Azizul Rahman b. Abdul Aziz 1964 - Mohd Nor b. Alias 1965 - Mohd Nor b. Alias 1966 - Mohd Nor b. Alias 1967 - Abdul Razak b. Hitam 1968 - Abdul Razak b. Hitam 1968 - Ahmad b. Hj. Yeop Abdul Hamid 1969 - Hj. Ahmad Hisham b. Mat Piah AMP.PMP 1971 - Hj.Osman b. Hj. Mohd Baki AMN. PJK Januari 73 – 16.11.74 - Abdul Razak b. Nordin 16.11.74 – 31.12.76 - Zainal Abidin b. Maamor 1.1.77 – 15.11.78 - Abdul Wahab b. Hj. Zainuddin 15.1.79 – 2.2.83 - Hj. Ismail b. Othman 16.4.83 – 31.12.87 - Hj. Ismail b. Abdul Kadir 15.3.88 – 25.2.1990 - Abdul Manaf b. Abdul Rahim 1.9.1990 – 31.7.1995 - Abdul Rahim b. Saleh 1.8.1995 – 15.11.2002 - Dato’ Hj. Ismail b. Dollah Harun 16.11.2002 – 16.12.2002 - Dato’ Mahmod b. Morsidi 17.12.2002 - Dato’ Muhammad Fadhil b. Khalid 17.12.2003 - Dato’ Hj. Abdul Karim b. Osman
|
||||
|
||||