Persidangan Earth Summit Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro yang diadakan pada Jun 1992 menghasilkan 5 dokumen yang penting iaitu:
- Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment and Development)
- Agenda 21
- Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity)
- Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim(Framework Convention on Climate Change)
- Prinsip Hutan
AGENDA 21
- Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.
- Ia ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia.
- Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan.
- Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.
- Oleh yang demikian, Local Agenda 21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan (peringkat pihakberkuasa tempatan).
(Sumber : Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan)







