Hubungi Kami| Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Bahasa Melayu | English reset w3c button1 button2 button3 button4 button5 button6 button7 alttext alttext alttext alttext Teks Suara
    |  Tentang Kami
bar2 bar1
 
IKAN TRAPIA
    
 

Syarikat usahasama Malaysia-Norway, Trapia Malaysia Sdn Bhd mengusahakan ternakan ikan tilapia di Tasik Banding secara komersial. Tasik Temengor disasarkan mengeluarkan 40,000 tan metrik ikan setahun daripada aktiviti ternakan ikan dalam sangkar menjelang 2013.

Syarikat tersebut telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) untuk projek tilapia dalam sangkar di Tasik Temengor.

Trapia Malaysia Sdn Bhd mempunyai syarikat induk yang berpangkalan di Norway iaitu GenoMar AS, yang memperkenalkan strain GST-Henomar Supreme tilapia yang diternak di Tasik Temengor.

Sebelum ini syarikat berkenaan menjalankan penyelidikan dan percubaan menternak anak ikan tilapia GST di beberapa negara iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, China selain melakukan penyelidikan lanjut di Kedah, Pahang, Terengganu, Johor dan Perak. Malaysia adalah lokasi yang amat sesuai untuk menternak ikan tilipia GST iaitu di Perak.

Projek ternakan ikan tilapia GST di Tasik Temengor adalah yang pertama di Malaysia yang menggunakan sangkar bulat dengan garis pusat 20 meter menggunakan teknologi moden dan syarikat Trapia menempatkan dua modul sangkar bulat di tasik itu. Jangkaan pengeluaran hasil pertamanya pada Ogos ini ialah 50 tan metrik untuk satu sangkar atau purata sekitar 2,000 tan metrik setahun.

Projek itu akan ditingkatkan secara berperingkat kepada 200 unit sangkar dengan anggaran hasil sekitar 40,000 tan setahun.

         

(Sumber : Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani)

Bilangan Paparan : 1559
Tarikh Kemaskini : 06 Mac 2011

button kiri
agensi kiri
MyGov
MSC
MAMPU
KPKT
1Malaysia
MyId
EPU
MyIdeas
1Malyasia Bersih & Indah
MyCoid
agensi kanan
 button kanan
Hakcipta terpelihara 2012 © Majlis Daerah Gerik
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini : 15 Mei 2012 10:49 AM
visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 29
Semalam 691
Minggu Ini 3285
Bulan Ini 11529
Jumlah Pelawat 563290